Translate

Saturday, May 15, 2021

Maritim Vietnam provokasi APMM

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU Operasi penahanan bot asing yang dilakukan penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) cuba diganggu pihak berkuasa maritim Vietnam, Vietnam Fisheries Resources Surveillance dan Vietnam Coast Guard pada Jumaat lalu.

Provokasi itu berlaku ketika Kapal Marittm (KM) Gemia sedang dalam cubaan menahan tiga bot nelayan Vietnam yang disyaki menceroboh perairan negara pada kedudukan antara 220 dan 222 kilometer timur laut Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muham mad Sum Mohd. Ramli berkata, tiga kapal milik Vietnam Fisherles Resources Surveillance dan Vietnam Coast Guard tersebut memasuki perairan negara dan cuba menghalang KM Gemia daripada menahan ketiga-tiga bot nelayan asing terbabit.

"Kapal penguat kuasa maritim Vietnam itu telah merapati tiga bot nelayan negaranya selain membayangi KM Gemia bagi menghalang tugas penguatkuasaan.

"Mereka juga meminta agar KM Gemia melepaskan bot-bot nelayan Vietnam yang telah memasuki Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara tetapi permintaan itu tidak dilayan dengan tegas katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Muhammad Suffi berkata, sebaliknya, tiga bot Vietnam Fisheries Resources Surveillance dan Vietnam Coast Guard itu telah diminta untuk beredar dari perairan negara. 



Katanya, sebuah lagi aset APMM laitu KM Amanah yang ketika itu berada pada jarak 64.4 kilometer dari lokasi kejadian telah diarahkan untuk membantu KM Gemia.

"Insiden itu juga terus dimaklumkan kepada pengetahuan Pusat Operasi Maritim Ibu Pejabat Putrajaya. 

"Ketegasan APMM membuatkan tiga aset Vietnam akur lalu beredar keluar dari perairan negara," katanya

Dalam pada itu, Muhammad Suffi berkata, pemeriksaan mendapati tiga bot nelayan Vietnam tersebut tidak memiliki lesen daripada Jabatan Perikanan un tuk menangkap ikan di perairan negara.

Tambah beliau, kesemua 19 nelayan terlibat yang berusia 21 hingga 61 tahun juga tidak memi bki dokumen perjalanan dan permit kerja sah.

"Tiga bot hasil laut 15 tan, minyak diesel 4.500 liter dan peralatan menangkap ikan yang nilai keseluruhannya bernilai RM45 juta telah disita dan ditunda ke Jeti Maritim Terengganu. 

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963," katanya.

No comments:

Post a Comment