Translate

Friday, May 14, 2021

Kampung Budaya Terengganu dihiasi pelita raya

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Suasana malam di Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Losong di sini diceriakan dengan hiasan pelita raya selama enam hari sehingga Selasa ini.

Pelbagai hiasan pelita raya unik dan kreatif seperti replika kapal terbang, Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan sotong ditampilkan untuk menerangi dan mengindahkan rumah-rumah tradisional yang terdapat di perkampungan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, program pelita raya itu bertujuan untuk meneruskan tradisi masyarakat negeri ini memeriahkan malam tujuh likur.

“Walaupun pandemik Covid-19 masih melanda negara, ia tidak menghalang kita daripada meneruskan tradisi ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Hanya 300 pengunjung dibenarkan untuk melawat Kampung Budaya Terengganu yang telah dihiasi pelita raya ini setiap malam dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam dan kemasukan adalah percuma,” katanya di sini malam tadi.

Ariffin berkata, hiasan pelita raya itu merupakan inisiatif penjawat awam daripada semua pejabat tanah dan daerah (PTD) di Terengganu kecuali Besut.

Jelas beliau, pengunjung juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan memuatnaik gambar kenangan mereka bersama pelita raya Kampung Budaya Terengganu ini di akaun Facebook dan Instagram masing-masing. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment