Translate

Tuesday, May 25, 2021

Dua bot nelayan Vietnam ditahan di perairan Terengganu

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan dua lagi bot nelayan Vietnam yang mencerobohi perairan negara semalam.

Dua bot nelayan negara jiran itu masing-masing ditahan Kapal Maritim (KM) Nusa pada kedudukan 78 dan 80 batu nautika dari barat barat perairan Kuala Terengganu dekat sini pada operasi selama dua jam bermula pukul 8 malam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, sebelum itu, pesawat udara AW 139 Maritim Malaysia telah mengesan kedua-dua bot itu ketika melakukan rondaan udara di perairan Terengganu.

“Maklumat itu kemudiannya disalurkan kepada KM Nusa untuk tindakan penguatkuasaan.

“Bot nelayan Vietnam pertama berjaya pada pukuk 8 malam semalam manakala sebuah lagi kira-kira dua jam kemudian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, operasi itu berjaya menahan 24 nelayan Vietnam yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 61 tahun.

Tambah beliau, pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Kedua-dua bot nelayan itu juga tidak mempunyai lesen menangkap ikan yang sah daripada Jabatan Perikanan.

“APMM telah bertindak menyita kedua-dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan bekalan minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM3 juta,”katanya.

Muhammd Suffi memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963.

Setakat ini, sebanyak 94 bot dan 1,032 nelayan Vietnam telah berjaya ditahan di sekitar perairan Terengganu sejak Op. Kuda Laut dilancarkan pada Jun tahun lalu.- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment