Translate

Sunday, May 16, 2021

Rentas ke Pantai Timur meningkat

 Oleh MOHD.AZLI ADLAN

BESUT - Kenderaan yang me rentas negeri memasuki Tereng- ganu dan Kelantan menunjuk- kan trend peningkatan sebanyak 25 dan lima peratus menjelang lima hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, sebanyak lebih 18,000 kenderaan terutama dari Pantai Barat telah memasuki negeri Terengganu pada setiap hari sejak beberapa hari lalu ber banding purata kira-kira 15.000 sebelum ini.

Beliau berkata, kebanyakan Individu yang merentas ne geri tersebut berasal dari Sela ngor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

"Antara alasan popular diberi untuk merentas negeri ialah urusan perniagaan, kerja, meng- hantar dan mengambil anak dan melawat orang tua yang uzur. 

"Begitu pun, banyak juga yang kita suruh berpatah balik apabila melalui sekatan jalan raya," katanya pada sidang akhbar di SJR Kampung Tok Saboh di sempadan Terengganu Kelantan di sini semalam. Terdahulu beliau mengiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memantau sebahagian 26 jalan tikus yang terdapat di sepanjang Besut dan Pasir Puteh, Kelantan. 

Roslee berkata, antara kesalahan kerap dilakukan ialah mengemukakan surat kebenaran rentas negeri lama yang sudah luput tarikh.

Jelas beliau, selain mengarahkan berpatah balik, Polis Tereng ganu turut mengeluarkan kom paun terhadap individu yang tegar merentas negeri tanpa kebenaran.

Sementara itu di Kelantan, Ketua Polis negeri, Datuk Shaflen Mamat ketika dihubungi Kosmo! Ahad berkata, aliran trafik di negeri itu kini mengalami peningkatan lima peratus bermulasemalam.

 Beliau berkata, keadaan ini berlaku berikutan orang ramai mula merentas negeri untuk pulang ke negeri itu.

"Untuk memastikan tiada individu yang tidak mempunyal permit rentas negeri bolos ke negeri ini kita telah mengetatkan SJR dengan menambah bilangan anggota dan SJR.

"Setakat hari ini (semalam) sebanyak 22 SJR di seluruh Kelantan kita laksanakan dan ketika ini terdapat lebih 500 anggota bertugas di semua SJR," katanya. Tambah beliau, untuk makluman lebih 70 individu diarah berpatah balik semalam kerana gagal mengemukakan permit rentas negeri yang sah ketika melalui SJR.

Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, peningkatan jumlah kenderaan sejak pukul 7 pagi semalam menyebabkan aliran trafik menjadi sesak.

Kesesakan kemuncak kira-kira pukul 1.35 petang dengan kenderaan hampir 500 meter sebelum keluar Plaza Tol Bentong.

No comments:

Post a Comment