Translate

Friday, May 14, 2021

20 meter padu air percuma sempena Aidilfitri

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu memperluaskan program bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua isi rumah di Terengganu pada bulan ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 1.33 juta rakyat negeri itu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan.

“Sebelum ini, program 20 meter padu air percuma ini terhad kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

“Kita perluaskan program air percuma pada bulan Mei ini bagi membantu rakyat negeri ini menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, inisiatif tersebut juga sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri Terengganu terhadap nasib rakyat yang rata-ratanya terkesan dengan Covid-19.

Beliau memberitahu, program pemberian air percuma secara menyeluruh kepada semua isi rumah di Terengganu berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak kira-kira RM570,000. – K! ONLINE


No comments:

Post a Comment