KUALA NERUS – Syarikat peraih dan pembeli buah kelapa sawit yang dikesan melakukan penipuan timbangan bakal dikenakan tindakan pengantungan lesen secara serta-merta.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan tegas itu terpaksa diambil bagi membentung kegiatan penipuan timbangan buah kelapa sawit yang semakin berluasa sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata, aktiviti menipu timbangan buah kelapa sawit yang menganiayai pekebun tersebut sangat serius dan setakat ini, sebanyak 56 aduan telah diterima sejak awal tahun ini.
“Di saat harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi, RM4,460 setan dan harga BTS (buah sawit segar) pula RM900 setan maka sewajarnya nikmat itu (turut sama) dirasai pekebun kecil.
“Begitupun kerana penipuan ini, mereka tidak dapat menikmatinya sehingga ada yang sekadar mendapat RM650 setan bagi BTS,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Khairuddin berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk terus mengantung lesen syarikat pembeli buah sawit yang didapati melakukan penipuan timbangan.
“Jika amaun penipuannya terlalu besar, saya arahkan lesen syarikat itu terus dibatalkan. Tiada lagi pendekatan memberi amaran seperti dahulu,” katanya.-K!ONLINE
No comments:
Post a Comment