Translate

Thursday, May 6, 2021

Warga emas diberkas kes penemuan mayat wanita rentung

 KUALA TERENGGANU-Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuah mayat rentung di kawasan belu kar di tepi Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru berhampiran Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada bulan lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, dua suspek itu ditahan di sekitar Marang pada Sabtu lalu.

Mereka yang berusia dalam  lingkungan 30-an dan 60-an direman selama tujuh hari dan akan berakhir pada Sabtu ini.

"Siasatan masih diteruskan untuk merungkai kes itu termasuk motif kejadian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd. Marzukhi memberitahu, pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal bagi pengesahan asid deoksiribonuk lelk (DNA) mangsa.

Setakat ini, polis percaya mangsa adalah wanita dan dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibuang dan dibakar di kawasan belukar berkenaan.

Kosmo! 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tergamam selepas menemui

mayat wanita semasa melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 715

Mayat yang terbakar itu dipercayai wanita berdasarkan pe nemuan seluar dalam berwarna merah jambu tidak jauh dari

lokasi berkenaan.

 Kes disiasat mengikut Sek syen 302 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment