KUALA NERUS - Terengganu akan mengharamkan sepe nuhnya penjualan telur penyu menjelang akhir tahun ini bagi memastikan kelestarian reptilia yang hampir pupus itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr. Azman Ibra him berkata, Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) akan dipinda untuk tujuan itu.
Terengganu satu-satunya negeri yang masih membenar kan penjualan telur penyu.
"Sebelum ini, larangan hanya melibatkan telur penyu belimbing tetapi spesies lain (agar, lipas dan karah) dibenarkan, menyebabkan ia dijual secara terbuka termasuk di Pasar Payang, Kuala Terengganu," katanya pada program Pemuliharaan Penyu Mak Kepit, Pulau Redang dekat sini semalam.
Azman berkata, selain larangan itu, penguatkuasaan bagi mengatasi isu pencerobohan dan gangguan sarang penyu juga akan diperketatkan.
Jelas beliau, sebahagian peruntukan dalam Enakmen Pe nyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) yang telah berusia 34 ta hun kini sudah tidak relevan bagi mengatasi isu semasa an caman kepupusan reptilia yang dianggap ikon kepada negeri ini.
"Pindaan enakmen tersebut akan dibentangkan sekiranya Sidang Dewan Undangan Ne geri boleh dilakukan pada November ini," katanya.
No comments:
Post a Comment