Translate

Friday, May 14, 2021

Mayat rentung disahkan wanita yang hilang di Marang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Identiti mayat rentung yang dijumpai di dalam belukar di tepi Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu disahkan wanita tempatan berusia 50-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, identiti mangsa disahkan menerusi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan kelmarin.

“Ujian DNA mendapati ia sepadan dengan seorang wanita yang telah dilaporkan hilang di Marang pada 16 April lalu.

“Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang setelah tidak pulang selepas keluar dari rumahnya pada hari kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi berkata, keputusan DNA tersebut telah dimaklumkan kepada waris wanita tersebut dan jenazah mangsa yang masih berada di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dijangka dituntut esok.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, tempoh reman dua suspek kes itu yang merupakan lelaki berusia 30-an dan 60-an telah disambung sehingga lusa.

Kosmo! 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat dipercayai wanita dipercayai mangsa pembunuhan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7.15 pagi. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment