Translate

Saturday, May 15, 2021

Lapan pemborong jual ayam harga mahal dikompaun

 KEMAMAN -  Seramai lapan pemborong ayam di seluruh negara yang masih berdegil men jual ayam pada harga melebihi siling akhirnya menerima padah apabila dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP).

Timbalan Menteri Perdaga ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua pemborong terbabit didapati telah menjual bekalan ayam pada harga lebih tinggi daripada dibenarkan iaitu RM7.10 sekilogram.

 "Skim Harga Maksimum Pe rayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri bermula 20 April lalu telah menetapkan harga ayam di ladang hendaklah tidak lebih RM5.80, pemborong (RM7 10) manakala peruncit pula RM7.90.

 "Selain lapan pemborong itu, seramai 18 peruncit juga dikompaun atas  kesalahan sama iaitu menjual ayam melebihi harga maksimum," katanya selepas memantau harga barangan kawalan SHMMP Hari Raya Aidilfitri di sebuah pasar raya di Kijal di sini semalam. 

Dalam perkembangan sama, Rosol menyangkal dakwaan segelintir pemborong dan penternak ayam kononnya harga siling ayam yang ditetapkan sepanjang SHMMP Hari Raya Aidilfitri merugikan mereka.

Tegas beliau, dakwaan harga maksimum ayam itu tidak menguntungkan dan tidak mampu menampung kos operasi ternakan yang tinggi adalah tidak benar.

"KPDNHEP telah melakuka kajian secara terperinci di peringkat ladang pemborong dan peruncit sebelum menentukan harga siling (ayam) itu.

"Pandangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, peladang dan pemborong juga telah diambil kira," katanya.

No comments:

Post a Comment