KUALA TERENGGANU- Muhammad Syukur Khamis, 16, atau lebih dikenali sebagai Mogwi Malaysia ceria apabila dapat menjejakkan kaki ke sekolah semalam selepas hampir enam bulan akibat penularan pandemik Covid-19
Pelajar tingkatan empat Se kolah Menengah Kebangsaan Padang Midin di sini memberitahu, dia amat rindukan sua sana pembelajaran secara ber semuka di sekolah yang sudah lama tidak dirasainya.
"Sebelum ini, saya seperti rakan-rakan sekelas lain belajar secara Pengajaran dan Pem belajaran di Rumah (PdPR).
"Perasaan dan suasananya tidak sama seperti belajar di dalam kelas bersama rakan-ra kan," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Muhammad Syukur yang menetap di Kampung Banggol Peradong kira-kira lapan kilo meter dari sekolah mengakui rindu dengan rakan-rakan sekolahnya.
Ujarnya, sebelum ini mereka jarang bersua muka dan hanya berkomunikasi menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp.
"Saya pun rindu dengan guru-guru yang banyak men dorong saya. Kehidupan saya sewaktu bercuti sekolah ban yak dihabiskan dengan mem bantu ayah (Khamis Jusoh, 65) memelihara haiwan ternakan terutamanya kerbau.
"Saya banyak berseronok dengan kehidupan sebagai budak kampung seperti memancing ikan, namun pelajaran tidak pernah dilupa," ujarnya Dalam perkembangan sama Muhammad Syukur bercerita ayahnya membelikan pakaian seragam baharu sebagai persediaan ke sekolah minggu lalu Tambahnya, dia juga menggunting rambut beberapa har lalu agar kelihatan kemas dan segak ke sekolah.
No comments:
Post a Comment