Translate

Thursday, May 20, 2021

Bekas ADUN Jabi, tiga tetamu Aidilfitri dikompaun RM2,000

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar dikompaun RM2,000 hari ini atas kesalahan menerima tetamu di rumahnya pada 1 Syawal minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, tiga lelaki termasuk seorang dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) berusia dalam lingkungan 40 hingga 51 tahun yang menjadi tetamu Mohd. Iskandar pada hari tersebut turut masing-masing dikompaun RM2,000.

“Kesemua mereka diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini untuk menerima notis kompaun tersebut pada pukul 10 pagi hari ini.

“Siasatan sebelum ini mendapati mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online 17 Mei lalu melaporkan Mohd. Iskandar Jaafar yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Setiu disiasat polis mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

Sebelum ini, gambar rumah Mohd. Iskandar dipenuhi ramai orang pada 1 Syawal lalu untuk menikmati juadah raya tular di media sosial.

Dua wakil rakyat Terengganu iaitu ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim dan ADUN Chukai, Hanafiah Mat juga dikompaun RM2,000 selepas melanggar SOP Hari Raya Aidilfitri. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment