Translate

Friday, May 7, 2021

Pemborong ayam jual mahal dikompaun KPDNHEP

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Seramai lapan pemborong ayam di seluruh negara yang masih berdegil mengenakan harga melebihi siling dibenarkan telah menerima padah apabila dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kesemua pemborong berkenaan didapati telah menjual bekalan ayam pada harga lebih tinggi daripada dibenarkan iaitu RM7.10 sekilogram.

“Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri bermula 20 April lalu telah menetapkan harga ayam di ladang hendaklah tidak lebih RM5.80, pemborong (RM7.10) manakala peruncit pula RM7.90.

“Selain lapan pemborong berkenaan, 18 peruncit juga telah dikompaun atas kesalahan sama iaitu menjual ayam melebihi harga maksimum dibenarkan,” katanya selepas memantau harga barangan kawalan SHMMP Hari Raya Aidilfitri di sebuah pasar raya di Kijal di sini hari ini.

Tegas beliau, dakwaan harga maksimum ayam itu tidak menguntungkan dan tidak mampu menampung kos operasi ternakan yang tinggi adalah tidak benar.

“KPDNHEP telah melakukan kajian terperinci di peringkat ladang, pemborong dan peruncit sebelum menentukan harga siling (ayam) itu,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment