KUALA NERUS - Sebuah rumah yang didiami seorang warga emas di Kampung Tanjung Gelam di sini menunggu masa untuk tenggelam akibat hakisan pantai yang teruk.
Maizon Embong berkata, kejadian hakisan terbaharu pada musim tengkujuh baru-baru ini menyebabkan rumahnya kini berada 10 meter dari gigi pantai.
"Rumah saya dahulunya terletak kira-kira satu kilometer dari pantai pada 2018
"Dalam tempoh kurang tiga tahun, sudah banyak kawasan pantai di sini terhakis dan kini menjadi sebahagian daripada laut. Saya tak tahu berapa lama lagi rumah pusaka berusia lebih 60 tahun yang didiami ini dapat dipertahankan,"katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Banyak rumah jiran Maizon hilang menjadi sebahagian daripada pantai akibat masalah yang berlarutan sejak 2014.
Warga emas itu memberitahu, penduduk Kampung Tanjung Gelam akur dengan fenomena alam itu dan mengambil keputusan berpindah ke lokasi lain.
"Saya juga bimbang akan menerima nasib sama. Saya kurang berkemampuan dan tiada tanah kalau nak berpindah," katanya.
Sementara itu, pengusaha warung, Nurul Akhtar Che Mohd. Yaib berkata, dia rugu lebih RM60,000 selepas premisnya dihanyutkan ombak besar pada tahun lalu.
"Warung ini dibina atas tanah pusaka keluarga. Empat tahun lalu saya menambak kawasan ini bagi mengurangkan impak hakisan. Begitupun, ia masih tidak mampu untuk melawan ombak. Mungkin daya terpaksa terima hakikat bakal kehilangan tanah pusaka ini" katanya.
No comments:
Post a Comment