Translate

Thursday, March 11, 2021

Jenazah Nik Khatijah selamat disemadikan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Jenazah Nik Khatijah Nik Mud, 32, yang ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang, Selangor pada Isnin lalu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh di sini malam tadi.

Upacara pengebumian Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) itu berjalan lancar dan selesai sepenuhnya pada pukul 10.30 malam.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nik Khatijah yang dibawa pulang dari Kajang selamat tiba di tanah perkuburan itu sekitar pukul 9.30 malam.

Solat jenazah dilaksanakan buat kali ketiga sebelum upacara pengebumian yang dihadiri ahli keluarga, sanak keluarga dan penduduk kampung.

Sebelum itu, solat jenazah telah dilakukan di hospital dan Masjid Jamek Kajang, Selangor.

Kosmo! Selasa lalu melaporkan Nik Khatijah yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak tahun 2014 ditemui mati di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang dengan kesan jerutan di leher.

Seorang lelaki berusia 57 tahun yang merupakan kenalan mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan. – K!ONLINE

No comments:

Post a Comment