Translate

Monday, March 15, 2021

Bah di Terengganu pulih sepenuhnya

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu telah pulih sepenuhnya semalam. 

Ketua Sekreteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua 185 mangsa daripada 51 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Dungun telah dibenarkan pulang semalam.

 “Dua PPS terakhir di Dungun telah dibenarkan ditutup pada pukul 1 tengah hari tadi (semalam). 

“Dengan itu, banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak 17 Disember lalu diisytiharkan tamat hari ini (semalam),” katanya kepada Kosmo! di sini semalam. 

Che Adam berkata, setakat ini, tiada kemungkinan banjir akan berulang semula dalam masa terdekat memandangkan cuaca di seluruh Terengganu pada waktu ini sangat baik. 

Begitupun, Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu masih dalam keadaan siap siaga memandangkan monsun Timur Laut atau musim tengkujuh masih berlarutan sehingga Mac tahun depan. 

Bah gelombang keempat merupakan yang terbesar apabila lebih 8,000 penduduk di Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun terjejas dan dipindahkan ke PPS berbanding tiga kejadian banjir sebelum ini.

No comments:

Post a Comment