Translate

Friday, March 12, 2021

Arwah kirim wang beli pakaian raya

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Seorang kakitangan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) yang dibunuh kejam di sebuah rumah di Kajang Selangor pada Isnin lalu sempat mengirim wang belanja tambahan kepada ibu bapanya sebe fum dia meninggal dunia. 

Kakak mangsa, Nik Hayati Nik Mud, 40, berkata, arwah Nik Khatijah menghubungi bapa mereka dan meminta lelaki Itu menggunakan wang belanja tambahan tersebut untuk membeli pakaian raya.

"Sudah menjadi rutin, arwah adik mengirim wang belanja kepada ibu dan ayah setiap bu- lan. Bulan ini, dia beri duit lebih RM100 setiap seorang untuk di gunakan membeli baju raya.

"Ayah pun pelik dengan pesanan arwah kerana raya (Aidilfitri) lambat lagi," katanya ketika ditemui di Kampung Gong Bayor di sini semalam.

Jenazah Nik Khatijah yang pulang ke kampung halamannya dari Kajang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Tumbuh di sini pada pukul 10.30 malam kelmarin.

Bercerita lanjut,  Nik Hayati berkata, arwah adiknya gagal dihubungi termasuk tidak memberi maklum balas dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Sabtu minggu lalu. 

Selain gagal dihubungi, Pengarah Jabatan Advokasi  Ikram berusia 32 tahun itu juga tidak menghadiri mesyuarat di pejabatnya pada Ahad lalu. 

"Arwah seorang yang sangat komited dalam kerjayanya.

"Kami sekeluarga reda de ngan kehilangan arwah walau pun kesal dia diperlakukan sedemikian (dijerut) sehingga menemui ajal," katanya yang berharap kematian adiknya mendapat keadilan.

Kosmo! pada Selasa lalu melaporkan Nik Khatijah mati dengan kesan jerutan di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Berikutan kejadian itu, polis memberkas seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga kenalan mangsa.

Lelaki berstatus suami orang itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. Datuk Fadzil Ahmat berkata, setakat ini motif kejadian itu masih disiasat.

"Apa yang saya boleh katakan, kes masih lai dalam siasatan. Saya tidak boleh bagi sebarang kenyataan," katanya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment