Translate

Wednesday, March 3, 2021

Lima beranak diarah kosongkan rumah

MARANG – Pasangan suami isteri yang pulang ke rumah selepas mengkhatankan anak bongsu mereka panik apabila sebahagian struktur rumahnya runtuh di Kampung Alor Pak Bang di sini kelmarin.

 Kejadian berpunca akibat hujan lebat menyebabkan tembok pagar dan sistem perparitan rumah Imran Ismail, 48, di lereng bukit ranap. 

“Pada mulanya, ia mendap sebelum runtuh setengah jam kemudian hingga merosakkan tembok pagar dan longkang yang terletak di bahagian dapur,” katanya ketika ditemui. 

Disebabkan kejadian itu, Imran dinasihatkan berpindah sementara selepas bomba memaklumkan pergerakan tanah masih berlaku. 

“Buat masa ini kami sekeluarga termasuk anak bongsu yang baru lepas berkhatan menumpang sementara di rumah ayah,” katanya.

No comments:

Post a Comment