Translate

Wednesday, March 17, 2021

Habitat Rafflesia terancam di Kenyir

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU -  Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Terengganu kecewa dengan kemusnahan besar melibatkan habitat Rafflesia cantleyi yang terdapat di Sungai Buweh, Tasik Kenyir di sini. 

Pengerusi MNS Terengganu, Wong Chee Ho mendakwa, kerosakan beberapa ekar tanah yang menjadi habitat bunga pak ma terbesar dunia itu kian terancam berjaya dikesan pihaknya setelah melakukan pemantauan di lokasi berkenaan pada Jumaat lalu.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima aduan tentang kemusnahan dialami habitat bunga Rafflesia cantleyi berkenan pada 3 Mac lalu.

"Begitupun, kami hanya boleh mengunjungi lokasi untuk mengesahkannya pada dua hari kemudian setelah rentas daerah kembali dibenarkan. 

"Hutan semulajadi yang menjadi habitat bunga Ramesia cantleyi telah ditebas menjadi tanah lapang dipercayai disebab kan kerja-kerja pembaikan se buah jambatan kecil sepanjang lima meter di kawasan tersebut," katanya di sini semalam.

Sekuntum tunas bunga Rafflesia cantleyi memerlukan kira-kira setahun untuk mekar dan ia hanya berkembang beberapa hari sebelum layu dan hanya boleh dijumpai di negara ini dan empat negara lain di Asia Tenggara.

Di Semenanjung Malaysia, pokok itu hanya terdapat di empat negeri termasuk Terengganu.

Chee Ho berkata, MNS Terengganu tidak pasti phak bertanggungjawab kerana tiada papan projek ditegakkan di tapak pemulihan jambatan itu tetapi perbuatan itu amat mengecewakan.

Jelas beliau, kemusnahan yang dialami sukar dipulihkan dan tidak berbaloi untuk dikorbankan hanya kerana projek membaiki jambatan kecil.

"Sehubungan itu, Terengganu mendesak siasatan penuh dan telus berhubung pemusnahan habitat bunga pakma ini.

"Kemusnahan ini bukan sahaja menjejaskan ekosistem semulajafi dan impak negatif kepada sektor pelancongan malah memberi imej negatif terhadap Terengganu, katanya.

No comments:

Post a Comment