Translate

Friday, March 19, 2021

Peniaga kedai makan dituduh aniaya cucu saudara

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa dan meliwat cucu saudara perempuannya yang berusia tujuh tahun pada bulan lalu.

Lelaki berusia 56 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol kanak-kanak perempuan itu di dalam sebuah kedai makan di Kuala Nerus pukul 7 malam, 23 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM12,000 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 19 April depan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment