Translate

Monday, March 1, 2021

Banjir pulih, banyak PPS ditutup

Oleh MOHD AZLI ADLAN, MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR dan ISKANDAR SHAH MOHAMED 

PETALING JAYA – Keadaan banjir di seluruh negara semakin pulih apabila lebih ramai mangsa mula pulang ke rumah masingmasing sejak semalam. 

Di Perak, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat, Sungai Siput dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan telah ditutup bermula pukul 1 tengah hari. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, seramai 100 penduduk daripada 27 keluarga telah dibenarkan pulang selepas keadaan air yang semakin surut. 

“Setakat ini, hanya satu PPS masih dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantung, Parit yang menempatkan seramai 10 penduduk daripada daripada enam keluarga,” katanya.

 Di Terengganu, banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini sejak seminggu lalu hampir pulih sepenuhnya apabila hanya terdapat lapan penduduk di PPS setakat petang semalam. 

Ketua Sekretariat Pengurusan Bencana negeri, Che Adam A. Rahman berkata, satu-satunya kawasan yang masih dinaiki air ialah di Merchang, Marang.

 “PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) kini menempatkan lapan mangsa daripada tiga keluarga. “Mereka terdiri daripada enam orang dewasa termasuk dua warga emas selain dua kanakkanak perempuan,” katanya. 

Che Adam berkata, banjir yang melanda daerah Kemaman pada Jumaat lalu bagaimanapun telah menyebabkan kemusnahan besar kepada penduduk terlibat. 

Di Selangor, hujan lebat sejak semalam mengakibatkan seramai 96 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan. 

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, mereka merupakan penduduk di Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih. 

Kesemua mangsa ditempatkan di PPS SK Dato Maharaja Lela. “Mangsa banjir terdiri daripada 27 buah keluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment