Translate

Thursday, March 18, 2021

Luluh hati temui jasad Naim

 KUALA TERENGGANU - Hanya Allah mengetahui betapa hancurnya hati Fatin Nabila Huda Ismail, 27, apabila bakal suaminya ditemui lemas pada hari mereka sepatutnya bergelar suami isteri.

Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, ditemukan terdampar di tepi pantai berhampiran Kampung Alur Turman oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi semalam.

Bapa Fatin Nabila Huda, Ismail Awang berakta, anak perempuan ketiganya itu kelihatan amat sugul sebaik disahkan mayat yang ditemui di tepi pantai berhampiran Kampung Alur Turman, Marang itu adalah tunangnya, Naim Hariri selepas lebih 14 jam menunggu.

"Sehingga kini, dia (Fatin Nabila Huda) masih setia menunggu di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini kerana proses bedah siasat masih berjalan.

"Dia masih belum menatap wajah tunangnya lagi kerana jenazah Naim Hariri terus dibawa ke sini (unit forensik) sebaik disahkan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ismail berkata, beliau sekeluarga termasuk Fatin Nabila Huda akan mengiringi jenazah Naim Hariri untuk dikebumikan di Kuala Lumpur.

Ujarnya, dia dimaklumkan jenazah tunang anaknya itu akan dikebukikan pada hari ini.

"Kami akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk mengiringi jenazah (Naim Hariri) selepas proses bedah siasat dijangka selepas pada malam ini (semalam)," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, mayat jurufisioterapi tersebut dijumpai kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia hilang di Pantai Kelulut di sini.

"Bapa mangsa, Khairuddin Abdullah, 59, kemudiannya mengesahkan mayat yang terdampar di tepi pantai itu anak lelakinya (Naim Hariri).

"Mayat Naim Hariri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengggu untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Naim Hariri dilaporkan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut di sini pada pukul 6.40 petang, Jumaat lalu.

Dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Farah Nabila Huda di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini pada pukul 10 pagi kelmarin.

No comments:

Post a Comment