Translate

Tuesday, March 16, 2021

Pengusaha serai rugi RM15,000 akibat banjir

 

KEMAMAN – Seorang pengusaha serai kerugian hampir RM15,000 selepas lebih 100 perdu tumbuhan herba yang ditanamnya itu musnah dalam banjir yang baru surut sepenuhnya semalam. 

Marinah Muhammad, 55, berkata, kesemua pokok serai yang ditanam di laman rumahnya ditenggelami air sedalam kira-kira 0.8 meter pada Sabtu lalu

“Pokok serai yang kesemuanya ada lebih 100 perdu sudah boleh dituai dengan sebahagiannya pula telah ditempah pengusaha restoran di sekitar daerah ini.

 “Namun, bukan rezeki apabila semua pokok serai itu mati akibat terendam dalam air,” katanya ketika ditemui di Kampung Bukit Mentok di sini semalam. 

Marinah berkata, dia mula mengusahakan tanaman serai untuk membantu suami yang juga seorang nelayan bagi menambah pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. 

“Biasanya saya menjual secara borong pada harga RM15 bagi 100 batang serai. Setiap perdu serai yang saya tanam biasanya mempunyai antara 80 hingga 100 batang dan boleh dituai selepas tiga bulan ditanam.

 “Sedih apabila serai yang hanya menunggu masa untuk dituai musnah, tetapi saya tidak akan putus asa untuk terus bertani,” katanya.

No comments:

Post a Comment