Translate

Tuesday, March 2, 2021

Adik panik lihat abang terkapai-kapai

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS- Seorang pesara kerajaan mati lemas selepas bot gentian kaca yang dinaikinya dipukul ombak sebelum tertbalik di Pantal Teluk Ketapang berhampiran Seberang Takir di sini semalam.

Kejadian pukul 10.15 pagi itu berlaku sewaktu mangsa, Mohd. Mahmud, 72 sedang menarik pukatnya yang penuh dengan ikan.

Adik mangsa, Harun. 63, berkata, mereka tiga beradik ter masuk abangnya Mohd. turun ke pantai tersebut yang terletak tidak Jauh dari rumah masing masing pukul 730 pagi.

Dia berkata, mereka menahan pukat kira kira 200 meter dari tepi pantal sebelum Mohd. ber-sendirian mahu mengambil ikan ikan yang berjaya ditangkap kira kira dua jam kemudian.

"Ikan yang sangkut pada pukat pertama agak banyak. Abang saya kemudian kembali ke laut untuk menarik pukat kedua.

"Sewaktu sedang mengutip ikan dari pukat itu, bot gentian kaca yang dinaikinya tiba-tiba tidak stabil akibat dipukul ombak sebelum abang saya terjatuh ke dalam laut," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di lokasi kejadian semalam.

Harun berkata, dia yang ketika itu berada di tepi pantai panik melihat abangnya terkapal-kapal di permukaan laut sambil memegang sebatang pendayung untuk meminta bantuan.

Dia kemudiannya bergegas meminjam bot gentian kaca milik nelayan lain yang kebetulan diletakkan di tepi pantai untuk membantu abangnya.

 "Saya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk sampai di lokasi abang saya jatuh dalam laut.

"Sewaktu diselamatkan, berada dalam keadaan lemah Saya menyedari abang tiada (meninggal dunia) sebaik bot gentian kaca dinaiki kami tiba di pantai," katanya dengan hiba.

 Harun berkata, mereka kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa belum mayat Mohd dihantar Unit Forensik Hospital Sultan Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

 "Abang saya memang gemar menangkap ikan. Sebelum ini dia yang beriya-lya mengajak kami turun ke laut (pada penghujung musim tengkujuh ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian lemas itu.

No comments:

Post a Comment