Translate

Wednesday, March 31, 2021

Ami Azzizol masih belum ditemui

Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga hari ini masih gagal menemui Ami Azzizol Abu Bakri,22, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kawasan pencarian telah diperluaskan sehingga dua kilometer radius dari lokasi lelaki itu kali terakhir dilihat sebelum tenggelam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.50 petang tersebut.

“Seramai lebih 60 anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masuk hari ketiga hari ini.

“Ia termasuk 15 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Adli berkata, empat buah bot telah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat Ami Azzizol .

Kosmo! hari ini melaporkan lelaki berasal dari Sungai Buaya, Dungun berkenaan dilaporkan lemas dipercayai akibat kekejangan otot ketika sedang mandi di dalam sungai tersebut yang terletak berhampiran sebuah rumah rakit disewa.

Terdahulu, Ami Azzizol yang baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, Syarifah Ramli, 21, bercuti bulan madu di rumah rakit berkenaan bersama keluarga mentuanya. – K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment