Translate

Saturday, March 6, 2021

PBSM edar cecair pembasmi kuman secara percuma

 

PRIHATIN. Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan botol cecair pembasmi kuman kepada komuniti memerlukan di negeri tersebut.

 Pengerus PBSM Terengganu, Bazlan Abd. Rahman berkata, pengagihan cecair pembasmi kuman secara percuma itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat tentang pematuhan kepada prosedur operasi standard. 

“Tumpuan kita adalah kepada peniaga di pasar-pasar utama yang menjadi tumpuan ramai di sekitar Kuala Terengganu. 

“Setakat ini, kita sudah mengagihkan 196 botol cecair pembasmi kuman bersaiz 500 mililiter kepada peniaga terlibat,” katanya.

No comments:

Post a Comment