Translate

Tuesday, March 2, 2021

Dua penyeludup kambing didenda RM20,000

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Padah menyeludup 111 ekor kambing Boer pada Ogos tahun lalu, dua lelaki dipercayai penyeludup haiwan ternakan masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nor Syuhadan Mohd. Nor, 24, dan Mohd. Syamsul Fadlihisyam Ab. Aziz, 37, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua orang kena saman (OKS) didakwa memindahkan 111 kambing Boer tanpa memiliki Perakuan Kebenaran Pindah dan Kesihatan Veterinar daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar.

Mereka ditahan ketika sedang membawa haiwan ternakan tersebut dengan menggunakan sebuah lori Isuzu di tepi Jalan Kota Bahru – Kuala Terengganu berhampiran Permaisuri di sini pada pukul 4.46 petang, 26 Ogos 2020.

Mengikut fakta kes, lori yang membawa 111 kambing boer yang diseludup dari Sungai Golok, Thailand dipercayai sedang dalam perjalanan ke Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Muhammad Nor Syuhadan dan Mohd. Syamsul Fadlihisyam didakwa mengikut Perintah Subseksyen 36 (7) Akta Binatang 2013 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000 jika sabit kesalahan.

Majistret Raja Norshuzianna Shakila memerintahkan 111 kambing Boer berkenaan dilucut hak dengan nilai RM30,945. – K! ONLINE


No comments:

Post a Comment