JOHOR BAHRU - Tempoh reman ke atas suspek yang didak. wa membunuh isterinya de ngan senapang angin di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dekat sini disambung enam hari lagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, tempoh reman ke atas suspek berusia 48 tahun itu serta rakannya yang berusia 32 tahun bermula hari ini sehingga 16 Mac ini.
"Polis sudah dapat perintah sambung reman selama enam hari," katanya di sini semalam. Terdahulu, tempoh reman suspek dan rakannya selama enam hari bermula Jumaat lalu berakhir semalam.
Kosmo! melaporkan mayat seorang wanita yang bekerja sebagai kerani sumber manusia di Ulu Tiram dekat sini ditemui ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Papan Timur, Bandar Penawar di Kota Tinggi empat hari selepas kehilangannya dilaporkan.
Mangsa telah ditembak oleh suspek dengan menggunakan senapang angin ketika tidur di rumah mereka di Kota Tinggi pada pukul 2.30 pagi.
Sementara itu, jenazah ibu dua anak itu selamat disemadi kan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga, Kuala Berang Hulu Terengganu di sini semalam.
Van yang membawa jena zah wanita itu tiba di kawasan perkuburan berkenaan pukul 4.30 pagi dari Hospital Sulta nah Aminah, Johor Bahru.
Imam Masjid Kampung Tela ga, Jusoh Salleh, berkata, majlis pengebumian itu disegerakan atas permintaan keluarga me- mandangkan Allahyarham sudah meninggal dunia sejak 10 hari lalu.
"Kami kariah masjid kemu diannya melakukan tahlil ringkas sejurus pengebumian selesai," katanya di sini semalam.
Seramai kira-kira 50 ahli keluarga, saudara-mara dan pen. duduk kampung menghadiri upacara pengebumian berkenaan.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang masih trauma dengan kematian tragis terse but enggan ditemu bual.
No comments:
Post a Comment