Translate

Tuesday, March 16, 2021

Barangan keperluan percuma di Gerobok Rezeki

 

BANTUAN. Pusat Gerobok Rezeki dibuka di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Kuala Nerus Terenggau baru-baru ini.

Ahli Dewan Uhdangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ia merupakan inisiatif pihaknya untuk meringankan beban penduduk kurang berkemampuan yang terkesan dengan penularan Covid-19.

Beliauyang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, setakat ini pihaknya telah menerima sumbangan pelbagai barangan keperluan harian bernilai RM28,800 daripada agensi swasta dan peniaga.

"Penduduk DUN Seberang Takir yang memerlukan bantuan boleh mengambil maksimum empat barangan harian secara percuma di Pusat Gerobok Rezeki ini pada satu-satu masa," katanya.

No comments:

Post a Comment