Translate

Wednesday, March 24, 2021

SPRM tahan pengarah yayasan, siasat kes rasuah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pengarah sebuah yayasan di negeri ini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan projek pelaburan pengeluaran produk pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 55 tahun dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkmah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa.

Satu sumber memberitahu, lelaki tersebut disyaki menerima rasuah dari pengarah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usahasama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran pelitup muka.

“Dia ditahan di rumahnya di bandar raya ini pada pukul 4.30 petang semalam.

“Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam berusia dalam lingkungan 40-an hingga 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment