Translate

Tuesday, March 2, 2021

Hujan lebat, air pasang punca banjir

KUALA TERENGGANU – Tidak sampai 11 jam selepas banjir gelombang kedua berakhir, Terengganu sekali lagi dilanda banjir kilat malam kelmarin. 

Kejadian yang berlaku berikutan hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang itu melanda lima daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Kemaman dan Dungun. 

Pusat bandar raya terutama di Jalan Masjid Abidin, Jalan Syed Husein, Jalan Kampung Daik dan Jalan Kamaruddin antara yang terjejas teruk. 

Air bagaimanapun surut pada pukul 8 pagi semalam. Setakat ini, sebanyak 15 pusat pemindahan sementara dibuka di empat daerah yang menempatkan 684 mangsa. 

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Shahidan Embok berkata, hujan lebat luar biasa dan fenomena air pasang menjadi punca kejadian banjir kilat di bandar raya ini. 

Keadaan itu menyebabkan sistem saliran tidak dapat menampung jumlah air biarpun ia baru dinaik taraf baru-baru ini. 

“Air semakin surut dan penduduk dibenarkan pulang. 

“Apa pun semua agensi terlibat dalam keadaan berjagajaga kerana taburan hujan lebih lebat diramal berlaku pada 18 Disember ini,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment