Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS - Tawaran gaji RM3,000 dan pelbagai insentif lain masih gagal menarik warga tempatan untuk bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sambutan terhadap kempen menggalakkan orang tempatan menceburi sektor peladangan sejak penularan pandemik Covid 19 pada setahun lalu masih gagal mencapai objektifnya.
"Sambutan diterima kurang menggembirakan hanya mencapai angka ribuan sedangkan kita memerlukan 32,000 pengait buah kelapa sawit.
"Keperluan terhadap pekerja ladang tersebut amat kritikal. Sekiranya kekosongan 32,000 itu dapat dipenuhi, kita diunjurkanboleh menjana lebihan pendapatan sekurang-kurang RM5 bilion Iagi pada tahun ini," katanya ke tika ditemui selepas menyantuni pentaga Pasar Batu Enam di sini semalam.
Mohd. Khairuddin menjelaskan warga tempatan yang bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit juga diberikan rumah penginapan percuma termasuk pasangan kelamin dan pengangkutan anak ke sekolah.
Persatuan Kelapa Sawit Ma laysia (MPOA) mengunjurkan sektor kelapa sawit negara mampu menjana perolehan RM35 bilion pada tahun ini dengan harga minyak sawit mentah (MSM) semasa mencecah tahap tertinggi iaitu RM4,247.50 setan.
Sehubungan itu, Mohd. Khairuddin memberitahu kementeriannya telah mendapat permohonan daripada pemain industri sektor perladangan bagi membenarkan semula kemasukan pekerja asing bagi mengisi keperluan kritikal itu.
Beliau berkata, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sedang mempertimbangkan permohonan tersebut bersama Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Sumber Manusia.
"Secara dasarnya pemain sektor perladangan kelapa sawit perlu memberi jaminan mampu mengawal penularan Covid-19 secara maksimum dan mematuhi syarat perumahan pekerja ditetapkan terlebih dahulu sebelum kelonggaran boleh diberikan.
"Dasar kerajaan untuk membekukan pengambilan pekerja asing adalah kekal tetapi pengecualian boleh dilakukan mengikut kes,"katanya.
No comments:
Post a Comment