Translate

Friday, March 19, 2021

25 pemancing kena kuarantin

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

HULU TERENGGANU - Keseronokan 25 pemancing yang sedang beriadah di Tasik Kenyir dekat sini kelmarin terencat apabila salah seorang daripada mereka dikenal pasti sebagal kontak rapat pesakit Covid-19.

Kontak rapat berkenaan telah diarahkan untuk menjalani ringan Covid-19 oleh Jabatan Kesihatan Terengganu pada pukul 5 petang manakala baki 24 individu lain tidak dibenarkan keluar dari rumah bot dinaiki untuk dikuarantin sementara.

Begitupun, kesemua mereka kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan kebenaran Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu mulai pukul 4 petang sematam.

 Rumah bot yang disewa untuk trip berkenaan juga telah disanitasi oleh anggota Jabatan Kesihatan negeri.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Zalani Endut berkata, sebalk menerima maklumat daripada Jabatan Ke- sihatan negeri, pihaknya dengan bantuan anggota Polis Gerakan Marin telah menjejaki rumah bot berkenaan yang ketika itu berada kira-kira 70 kilometer dari Jeti Pergkalan Gawi dekat sini.

 "Lelaki itu telah dibawa pulang ke Jeti sebelum dibantu untuk menjalani saringan Covid-19 di tanya ketika dihubungi Kosmol di Hospital Hulu Terengganu di sini.

"Rumah bot yang menjadi lokasi 24 rakan lelaki tersebut di- kuarantin sementara juga telah berlabuh Jetl Pengkalan Gawi pada pagi tadi (semalam),"katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan semua 25 pemancing yang berasal dari Manir, Kuala Terengganu tersebut memasuki Tasik Kenyir dengan ru- mah bot tersebut pada pukul9 pagi, Khamis lalu. 

Zalani berkata, Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka dengan menyediakan bekalan makanan secukupnya sepanjang tempoh kuarantin sementara berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Azimi Yunos berkata, kes tersebut mash dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment