Translate

Wednesday, March 10, 2021

Bekas CEO maut, Harley Davidson langgar belakang Proton Iswara

SETIU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson maut selepas dipercayai gagal mengelak sebuah kereta yang membelok secara tiba-tiba di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan Rhu Sepuluh di sini semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 11.35 pagi itu, mangsa, Datuk Ajlan Mohamad, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan. 

Mangsa merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Latihan Perkayuan Terengganu. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, semasa kejadian, warga emas itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tok Jembal, Kuala Nerus selepas berjumpa rakannya tidak jauh dari lokasi kejadian. 

“Setibanya di lokasi, motosikal Harley Davidson yang ditunggang mangsa tidak sempat mengelak dan merempuh belakang sebuah kereta jenis Proton Iswara. 

“Kereta kejadian, kereta itu hendak membelok masuk ke persimpangan Kampung Pandan Jaya, Penarek di sini,” kata beliau. 

Afandi memberitahu, impak kemalangan itu menyebabkan Ajlan tercampak daripada motosikal dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment