SETIU - Dua lelaki dipercayai penyeludup haiwan terna kan masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Ma- jistret di sini semalam kerana menyeludup 111 ekor kambing baka boer pada Ogos tahun lalu.
Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat menjatuhi hukuman itu selepas Muham. mad Nor Syuhadan Mohd. Nor, 24, dan Mohd. Syamsul Fadli hisyam Ab. Aziz, 37, dari Pasir Mas, Kelantan mengaku ber. salah atas pertuduhan tersebut.
Kedua-dua orang kena sa man (OKS) itu didakwa memin dahkan 111 kambing Boer tanpa memiliki Perakuan Kebenaran Pindah dan Kesihatan Vete rinar daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
Mereka ditahan ketika mem bawa haiwan ternakan itu dengan sebuah lori jenis Isuzu di tepi jalan Jalan Kota Bharu Kuala Terengganu dekat Per. maisuri di sini pada pukul 4.46 petang, 26 Ogos 2020.
Mengikut fakta kes, kenderaan yang membawa 111 kam. bing Boer itu dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Berang. Hulu Terengganu.
Haiwan itu dibawa masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.
Pendakwaan dijalankan mengikut Perintah Subseksyen 36(7) Akta Binatang 2013 yang memperuntukkan hukuman denda maksimurn RM15,000.
Mahkamah memerintahkan halwan itu dilucut hak dengan nilai RM30,945.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Mohd. Shahihan Mohd. Tahar, manakala kedua-dua OKS tidak diwakili peguam.
Sementara itu, sumber JPV berkata, haiwan itu dibawa masuk ke negara ini dengan bot melalui Sungai Golok sebelum dipindahkan ke dalam lori.
Pemeriksaan mendapati lori yang dipandu OKS pernah terlibat dalam aktiviti penye ludupan haiwan ternakan pada 2018, namun ketika itu kende raan tersebut dipandu individu lain.
No comments:
Post a Comment