KUALA NERUS - Pembinaan pemecah ombak merupakan antara penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah hakisan pantal di negara ini terutama di Terengganu.
Pensyarah Pusat Pengulan Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Em Helmy Ariffin berkata, ia terbukti daripada projek pemecah ombak yang telah dibina di Pantai Tok Jembal di sini beberapa tahun lalu.
"Pemecah ombak yang bina di hadapan kawasan pantai berisiko berfungsi memecahkan gelombang ombak besar daripada membadai daratan sekali gus menyebabkan hakisan.
"Pemerhatian mendapati kawasan pantai yang dilindungi pemecah ombak kembali landai dan kembali sesuai untuk aktiviti rekreasi seperti berenang selepas beberapa
tahun" katanya ketika ditemui baru-baru ini. Ujar beliau, kawasan terbabit juga dapat menyemarak pantai kan kembali industri perikanan persisir pantai kerana sesuai untuk pendaratan bot nelayan.
Begitupun, beliau yang memiliki Doktor Falsafah (PhD) pengkhususan hakisan pantai dari Universiti Bretagne Sud, Perancis mengakui kos pembinaan pemecah ombak agak tinggi.
"Pihak berkuasa biasanya memilih pendekatan membina penahan ombak atau pembalik ombak di kawasan pantai terjejas kerana kosnya lebih efektif.
"Begitupun, ia ada kesan negatifnya tersendiri kerana tinjauan mendapati gelombang ombak yang tidak memasuki kawasan pantal dilindungi itu berpindah ke lokasi bersebelahan sekali gus turut terhakis juga.
"Contoh terdekat ialah hakisan pantai yang pada mulanya berlaku di Pantal Teluk Ketapang di sini pada lewat tahun 2000 kini sudah merebak hingga ke Pantai Tok Jembal, Batu Rakit dan Maras ekoran pembinaan penahan ombak dan pembalik ombak berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment