PRIHATIN. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyantuni kira-kira 20 pengusaha bas dan sekolah di Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.
Pengarah Yadim Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, inisiatif tersebut turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus.
Beliau berkata, Yadim bersimpati dengan nasib pemandu bas dan van sekolah yang terkesan teruk akibat penutupan sekolah sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Kami menyumbang barangan keperluan harian dan wang tunai kepada setiap pengusaha bas dan van sekolah bagi meringankan beban mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment