Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur yang mencederakan adik iparnya dengan cara menoreh muka dan mengelar tangan kiri lelaki itu pada bulan lalu menerima pembalasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan semalam.
Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Asmadi Mat Min, 44, selepas tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya semalam.
Mohd. Asmadi didakwa mencederakan adik iparnya, Mohd. Safwan Samsuddin, 31, dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perbuatan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Marang dekat sini sini pada pukul 140 tengah hari, 9 Februari lalu.
Mengikut fakta kes, lelaki itu mengamuk dengan memegang sebilah pisau di rumah ibu mentuanya sebelum cuba dileraikan oleh mangsa yang juga adik iparnya.
Tindakan Mohd. Safwan menyebabkan tertuduh berang sebelum bertindak menyerang lelaki itu sehingga cedera di pipi kiri dan tangan kiri.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Difahamkan, Mohd. Asmadi berada di bawah pengaruh da dah ketika melakukan serangan terhadap adik iparnya itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam
No comments:
Post a Comment