Translate

Wednesday, March 17, 2021

Bakal pengantin ditarik ombak besar

 

MARANG - Hari bahagia yang dinantikan sepasang kekasih untuk diijabkabulkan pada pagi semalam tidak menjadi kenyataan apabila bakal pengantin lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kelulut di sini kelmarin.

Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira 16 jam sebelum mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, pada pukul 10 pagi di Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payong di sini.

Dalam kejadian pada pukul 6.40 petang kelmarin, Naim Hariri yang merupakan jurufisioterapi sebuah pusat perubatan di Lembah Klang dikatakan telah ditarik ombak besar ketika mandi di pantai berkenaan.

Difahamkan, mangsa menginap di sebuah resort tidak jauh dari Pantai Kelulut bersama ahli keluarga yang berasal dari Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu.

Bapa bakal pengantin perempuan, Ismail Awang, 61, berkata, dia sedang memasang khemah untuk majlis pernikahan tersebut sebelum dimaklumkan oleh anaknya mengenai kejadian yang menimpa Naim Hariri.

"Kami bergeags ke lokasi kejadian sejurus selepas solat Maghrib (kelmarin) dan bertemu dengan keluarga Naim Hariri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Ismail memberitahu, anak perempuannya dan Naim Hariri mengikat tali pertunangan bulan lalu selepas berkenalanm sejak beberapa tahun.

Seemntara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, operasi mencari dan menyelamat telah diperlukaskan melibatkan kawasan seluas kira-kira 52 kilometer di sekitar pesisir pantai di daerah Marang.

Beliau berkata, gerakan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi berkenaan turut dibantu kapal peronda Maritim Malaysia (APMM).

"Keadaan laut yang bergelora dan ombak kuat setinggi lebih dua meter merupakan cabaran besar dalam usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa inu.

"Sebelum ini, orang ramai telah diingatkan agar menjauhi kawasan pantai di Terengganu sepanjang musim tengkujuh ini kerana tidak selamat untuk sebarang aktiviti air," katanya.

No comments:

Post a Comment