Translate

Friday, March 19, 2021

Kluster Ladang Bukit jangkiti 96 individu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan kluster Covid-19 baharu, Ladang Bukit yang setakat ini telah menjangkiti 96 orang manakala 1,023 individu pula dikenalpasti sebagai kontak rapat.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, seramai 49 individu disahkan positif Covid-19 daripada kluster berkenaan merupakan rakan sekerja manakala baki 47 orang pula mempunyai pertalian keluarga.

Beliau berkata, kluster terbaharu berkenaan secara tidak langsung telah meningkatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 terkini di Terengganu kepada 1.14.

“Kluster tersebut berpunca daripada seorang pekerja lelaki di Kerteh yang merentas ke sebuah negeri lain untuk bertemu isteri dan anak-anaknya.

“Dia yang bergejala kemudian kembali bekerja sebelum menjangkiti 49 dari 161 orang rakan sekerjanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, kluster Ladang Bukit itu juga menyebabkan lima murid dan seorang guru dari enam sekolah rendah dijangkiti Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment