Translate

Tuesday, March 23, 2021

Paras air empangan seluruh negara masih normal

 KUALA TERENGGANU - Negara dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air kritikal walaupun sedang berhadapandengan musim kemarau pada waktu ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pemantauan bekalan air mentah untuk kegunaan rakyat di seluruh negara ini masih mencukupi. 

Beliau berkata, paras air di semua 104 empangan di seluruh negara uga normal dan masih belum berada pada tahap mem bimbangkan.

"Kerajaan sentiasa memantau situasi terkini sumber air negara dengan paras di semua empangan dilihat masih mampu menampung keperluan harian rakyat. 

"Jabatan Meteorologi Juga melaporkan cuaca panas pada tahun ini adalah lebih rendah berbanding tahun lalu. Kadar kelembapan (tahun ini) juga agak tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memantau majlis Undi Perdana Kerja-kerja Di bawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, sebanyak 63 daripada 104 empangan  yang menakung air di seluruh negara berada di bawah pengurusan KASA.

Dalam perkembangan berkaitan, isu gangguan bekalan air yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini juga telah diselesai oleh kerajaan negeri berkenaan.

No comments:

Post a Comment