KUALA NERUS – Perkhidmatan bot penambang Seberang Takir yang menjadi antara antara simbol keunikan dan kemegahan Terengganu suatu ketika dahulu akan tetap dipertahankan demi kelangsungan hidup penduduk setempat.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata, Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi persekutuan sentiasa mencari jalan untuk membantu pengusaha bot penambang.
“Bilangan pengusaha bot penambang semakin mengecil dan kini hanya tinggal 15 orang.
“Mereka juga kini berhadapan dengan risiko pendapatan merundum sejak wujudnya Drawbridge (Jambatan Angkat Kuala Terengganu) beberapa tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, pandemik Covid-19 dan musim tengkujuh pada masa ini semakin menjejaskan ‘periuk nasi’ kesemua pengusaha bot penambang itu apabila mereka hanya menerima kurang 50 penumpang sehari.
Sehubungan itu katanya, Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus akan membantu dengan cuba memperkasa pakej pelancongan menelusuri Sungai Terengganu yang telah diusahakan pengusaha bot penambang sebelum ini.
“Kami jalin kerjasama dengan pengurusan hotel berhampiran seperti Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu agar dapat memberi keutamaan kepada pengusaha bot penambang bagi pakej menelusuri Sungai Terengganu kepada tetamu mereka.
“Kita tidak boleh bergantung kepada pengguna harian tetapi perlu ambil peluang kepada keghairahan pelancong bergambar dengan Drawbridge untuk menambah pendapatan,” katanya
No comments:
Post a Comment