Translate

Saturday, January 3, 2026

Tiga bulan main hujan di Setiu Wetlands bermula November

 KUALA NERUS – Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Pesta Main Hujan di Tanah Bencah Setiu atau Setiu Wetlands selama tiga bulan berturut-turut bermula November depan bagi merangsang kedatangan pelancong pada musim tengkujuh. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, penganjuran pesta tersebut merupakan salah satu strategi untuk mencapai sasaran kehadiran sembilan juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

 “Ramai sangka tidak boleh (melancong) ke Terengganu sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) sedangkan hanya satu kluster sahaja yang terjejas iaitu pulau dan pantai. 

“Kita ada empat kluster pelancongan lain termasuk alam semula jadi yang ditawarkan pada Pesta Main Hujan,” katanya selepas menyambut kedatangan pelancong sempena TMM 2026 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini semalam.

Razali berkata, Pesta Main Hujan di Setiu Wetlands yang memiliki 10 ekosistem semula jadi dalam satu lokasi seperti pantai, sungai, lagun paya bakau dan pulau pasir. 

Katanya, pelbagai acara boleh disertai peserta seperti mencari lokan dan siput serta mandi hujan yang sebelum ini hanya dianjurkan selama dua hari.

 “Peserta Pesta Main Hujan itu boleh mandi hujan tanpa bilas kerana Setiu Wetlands merupakan kawasan alam semula jadi tidak tercemar dengan sebarang elemen industri berat. 

“Program yang diadakan sehingga Januari 2027 itu menawarkan bukan sahaja produk alam semula jadi, malah pengalaman baru kepada pelancong,” katanya.

No comments:

Post a Comment