Translate

Thursday, September 17, 2026

Salam, peluk ibu, adik-beradik sebelum ajal


MARANG- Seorang abang tidak menyangka perubahan sikaр adik lelakinya pada majlis tahlil kehiarga beberapa hari lalu rupа rupanya petanda pemergiannya akibat nahas ngeri di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) kelmarin. 

Mohd. Zukri Yaacob, 55, berkata, arwah adiknya, Mohd. Fahimi, 41. yang selama ini paling ringan tulang setiap kali majlis keluarga dilihat hanya mendiamkan diri dan duduk di belakang sepan jang tahlil terbabit.

 "Saya sangka dia (Mohd. Fahimi) yang merupakan guru Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu penat kerana baru selesal mengendalikan program perkhemahan pelajar sekolahnya.

 "Rupa-rupanya itu petanda dia mahu meninggalkan kami. katanya ketika ditemui di Таnah Perkuburan Islam Kampung Jerong Surau, di sini kelmarin.

 Jenazah arwah selamat dike bumikan di tanah perkuburan itu pada pukul 10.30 malam dengan dihadiri lebih 500 ahli keluarga, saudara dan penduduk termasuk dua daripada empat anak arwah. 

Mohd. Zukri berkata, Mohd. Fahimi juga sempat bersalaman dan berpelukan dengan ibu mereka dan adik-beradik lain selepas beredar pulang dari majlis tahlil terbabit. 

Katanya, arwah yang juga anak ke-13 daripada 14 beradik pada masa itu dilihat bersungguh sungguh memohon maaf kepada ibu dan mereka semua.

Mohd. Zukri berkata, dia mengetahui kemalangan tersebut apabila dihubungi polis untuk membuat pengecaman mayat pada pukul 10.15 pagi kelmarin. 

"Saya terus menghubungi isteri arwah yang kemudiannya mengesahkan suaminya (Mohd. Fahimi) memang bertolak ke Kuala Lumpur atas urusan kerja dengan menunggang motosikal," katanya.

 Kelmarin Kosmo! melaporkan, Mohd. Fahimi maut akibat rentung selepas skuter pengembaraan jenis Zontes yang ditungganginya merempuh sebuah lort kurier di Kilometer 357, LPT2 berhampiran Bukit Besi, Dungun pada pukul 5 pagi.

No comments:

Post a Comment