Translate

Saturday, February 9, 2019

TNB santuni penghuni Rumah Ehsan

SUMBANGAN. Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan program tanggungjawab sosial korporat di Rumah Ehsan, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi, Dungun baru-baru ini.

Rumah Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu dibuka pada tahun 2000 bagi penjagaan dan rawatan kesihatan berterusan kepada pesakit melarat dan warga emas.

Pengurus Besar Perkhidmatan  Pelanggan TNB Terengganu, Mohd. Nazri Puteh berkata, inisiatif berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bertujuan mendekati 101 penghuni Rumah Ehsan itu yang terdiri daripada pesakit warga emas kurang berkemampuan yang mempunyai penyakit kronik dan terlantar.

“Kunjungan ini bagi membantu meringankan beban mereka dan TNB memberi sumbangan berjumkah RM5,000 selain lampin pakai buang manakala Ketengah menyumbang pek makanan,” katanya.

Menurut Mohd. Nazri, selain sumbangan kepada rumah kebajikan, pihaknya juga melaksanakan program Baiti Jannati yang melibatkan pembinaan rumah dan pemasangan sistem pendakwaian elektrik serta bantuan persekolahan kepada golongan tidak bernasib baik.

“Pada tahun ini, kami merancang untuk membina 10 rumah di bawah program Baiti Jannati di seluruh Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment