Kapten pasukan TFC I itu menjelaskan pasukannya telah membuat persiapan rapi sejak dua bulan lalu untuk mencapai sasaran menjulang sekurang-kurangnya satu piala dan layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.
“Kami mahu bermula dengan ‘langkah kanan’ pada aksi pembuka tirai Liga Super dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) pada esok (malam ini).
“Kemenangan perlu dicapai bukan sahaja untuk memenuhi harapan tinggi peminat tegar TFC I di laman sendiri malah sebagai permulaan baik kepada pasukan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan,”? katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Tchetche berkata, biar pun kehilangan J. Partiban dan Mohd. Faiz Nasir yang menjadi penggerak serangan pasukan musim lalu, kemasukan pemain-pemain baharu berkualiti seperti Ahmad Syamim Yahya dan Khairu Azrin Khazali dari Felda United dan Khairul Anwar Shahrudin (Negeri Sembilan) mampu mengganti kekosongan tersebut.
Ujar pemain kelahiran Ivory Coast itu lagi, kehadiran Sanjar Shaakhmedov yang juga pemain terbaik Liga Uzbekistan musim lalu dilihat mampu menjadi gandingan berbisa buat Lee Tuck untuk mengemudi barisan tengah TFC I.
“Saya yakin dengan bantuan rakan-rakan sepasukan, lebih banyak gol mampu diledak oleh saya pada musim ini. Begitu pun, bukan gelaran penjaring terbanyak yang terlalu diburu kerana yang penting pasukan ini menang sekali gus mampu menjulang seberapa banyak kejuaraan,” katanya.
No comments:
Post a Comment