Kesemua mereka ialah Saiful Anuar Mohd, 37; Muhammad Asadullah Jamaluddin, 37; Mohd Amirol Hafizol Zukafli, 29;  Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Mohd. Shahrul Mizan Harun, 33.
Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, pemberian surat penghargaan itu kepada individu terbabit sebagai menghargai sumbangan besar mereka secara sukarela sanggup berkorban nyawa melakukan kerja-kerja penyelamatan awal sebelum kehadiran pasukan bomba.
"Kesemuanya termasuk Allahyarham Abdul Bari memainkan peranan penting sebagai komuniti setempat yang memberi respons awal dan pantas apabila berlaku kecemasan.
"Selain sijil penghargaan ini, keenam-enam individu dianggap wira ini juga akan dicadangkan untuk menerima pingat kebesaran bomba yang akan disampaikan sendiri Ketua Pengarah JBPM (Datuk Mohammad Hamdan Wahid) pada 17 Mac depan," katanya selepas menyampaikan surat penghargaan tersebut kepada kelima-lima penerima di pejabat JBPM Terengganu di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 8 Februari lalu, Abdul Bari Asyraf, 31, terkorban akibat lemas sewaktu terlibat dalam kerja-kerja menyelamatkan lima sekeluarga di Sungai Terenganu berhampiran Pulau Warisan di sini. - K! ONLINE