MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Pengusaha kraf di seluruh negara disaran agar memanfaatkan lagi kemudahan platform e-dagang yang sedang rancak berkembang untuk menembusi pasaran antarabangsa sekali gus menjana lebih pendapatan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, produk kraf buatan tempatan berpotensi tinggi untuk meraih minat bukan sahaja pelancong yang berkunjung ke negara ini malah pelanggan dari luar negara kerana keunikannya.
"Sebelum ini memang sudah ada segelintir pengusaha kraf tempatan yang telah memasarkan produk mereka menerusi media sosial dan platform e-dagang tetapi ia tidak secara menyeluruh.
"Mereka (pengusaha kraf tempatan) perlu lebih meneroka pasaran platform e-dagang jika mahu ke hadapan. Kementerian sedia duduk bersama-sama (mereka) dan berusaha untuk membantu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia peringkat Terengganu di Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Chendering di sini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment