Translate

Monday, February 4, 2019

Terengganu muncul negeri tertinggi penurunan kes jenayah tahun lalu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu muncul negeri yang paling berjaya menurunkan kadar indeks jenayah pada tahun lalu iaitu sebanyak 19.32 peratus.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, sebanyak 1,823 kes jenayah merangkumi kekerasan dan harta benda di catatkan di negeri tersebut  pada tahun lalu berbanding 2,257 kes pada tahun 2017.

"Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu juga telah berjaya mencatatkan 66.2 peratus penyelesaian kes pada tahun 2018 iaitu ketiga terbaik bagi kategori itu di negara ini pada tahun lalu sekali gus  melepasi indeks prestasi utama ditetapkan Bukit Aman iaitu 45 peratus.

"Pencapaian cemerlang ini berikutan kerja keras Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu diterajui Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid yang komited mengenalpasti dan membanteras kumpulan-kumpulan penjenayah di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua JSJ negeri di IPK Terengganu di sini hari ini.

Fazlisyam yang akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Komersial Selangor menyerahkan tugas kepada pemangkunya, Superintendan Soffian Santong.


Aidi berkata, tindakan proaktif JSJ menahan anggota kumpulan kecil penjenayah yang kerap menimbulkan masalah di negeri ini mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2014 (POCA) terbukti berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah di Terengganu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment