PEMAIN Terengganu Football Club (TFC) diminta agar tidak 'menyimpan kuku' sebaliknya mempamerkan keupayaan sebenar untuk menumbangkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada aksi sulung Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu esok.
Pengendali TFC, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pertemuan dengan PKNS itu mengulangi aksi pertama Liga Super musim lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.
"Pada ketika itu, anak buah saya bermain terlalu berhati-hati sehingga terpaksa berpuas hati sekadar berkongsi mata.
"Kali ini saya mahu pemain-pemain TFC bermain bermati-matian walaupun pada aksi sulung liga kerana saya tidak mahu lain kecuali kemenangan ke atas PKNS," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
Irfan Bakti berkata, kemenangan pada aksi sulung sangat penting kerana bukan sahaja memperolehi tiga mata pertama malah dapat meningkatkan motivasi pasukan untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.
Jurulatih berpengalaman itu berkata, beliau sudah memiliki senarai kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi menentang PKNS berkenaan dengan penyerang Ivory Coast, Kipre Tchetche berkemungkinan besar akan dikekalkan sebagai kapten pasukan musim ini.
No comments:
Post a Comment